Nostalgia
Zaman kanak-kanak amat seronok. Dalam fikiran hanya tahu bermain dan bermain. Siapa cakap kanak-kanak tidak ada masalah? Kalau hendak tahu akulah yang ada masalah itu. Masalah aku ialah macam mana nak mintak duit dengan ibu aku untuk aku berbelanja di petang hari. Dulu 20sen dah boleh beli macam-macam tapi tak ada la macam-macam sangat setakat ais krim "pong" dua tapi kalau dapat kongsi dengan kawan-kawan dah dapat empat tau.
Zaman kanak-kanak kena bebel dengan ibu perkara biasa kalau keluar bermain, kalau tidak masuk magrib tidak tahu jalan balik rumah. Malam pun keluar lagi lepas magrib aku dengan abang keluar bermain tapi abang bagi tahu ibu nak buat kerja sekolah dekat rumah kawan dia aku pun apa lagi ikutlah. Aku dengan abang aku memang kamcing "giler" dengan kakak aku, aku tidak rapat sangat sebab kakak aku garang kalau bertumbuk dengan aku dah sah-sah aku menang. Hahahaha, tapi aku hormat dekat dia budak kecik kan.
Terlalu indah nostalgia.Menarik! InsyaAllah.. permulaan yang bagus
ReplyDeleteSdr Zaharah
ReplyDeleteTahniah sudah ada blog. pastikan ejaan. pilih latar yang tidak bertindan dengan entri. ia sedikit mengganggu pembacaan.
Sdr Saadiah,
ya, nostalgia jadi menarik untuk dikenang bila ia mahu dijadikan panduan.