Monday, 16 September 2013

Hujan Panas

Jahatkah aku, menjadi isteri nombor dua dia? Perampaskah aku mengambil suami orang? Aku tertanya-tanya pada diriku, sanggup menghancurkan masjid yang terbina sekian kalinya. Tidak!! Aku tidak jahat, aku mangsa keadaan dan itu takdir untuk aku. Aku tidak minta menjadi orang ketiga dalam perhubungan. Kenapa masyarakat mengkecam kami yang dikatakan pemusnah rumahtangga orang? Salahkah aku menumpang kasih orang? Atau menumpang kasih pada yang salah? Aku berjeda..
            Keluarga yang tidak sempurna, aku tidak bahagia berada dalam keluarga ini. Tiada kasih sayang dari ayah dan mak. Semua orang benci aku, di katakana aku bawa sial kehadiran aku dimuka bumi ini satu kesilapan. Di saat aku menjengguk dunia, ayah pergi tanpa sempat aku memandangnya. Aku di salahkan oleh mak. Nasib aku amat beruntung kakak dan abang sayang padaku, aku menumpang kasih mereka. Perangai mak menjadi-jadi sehinggakan abang aku lari dari rumah bertahun-tahun lamanya. Di sebabkan mak terlalu mengongkong kehidupan dan jalan hidup kami adik beradik. Kami tiada kebebasan untuk membuat keputusan hidup dan kerjaya kami.
            Kakak hanya kerja di gerai makan, tapi pendapatan bolehlah menanggung kami sekeluarga makan dan dapat membawa balik makanan yang tidak dihabis jual pulang kerumah. Tapi mak suruh kakak berhenti kerja dan kerja di Farmasi kawan dia, walaupun pendapatan lebih dari kerja dekat gerai, jarak antara rumah ke tempat kerja jauh, kos pengakutan lagi, makan lagi, barang dapur lagi, bil elektrik lagi. Kakak jadi stress dengan situasi itu. Mak walaupun kerja kerajaan gaji beribu pun bukan hendak menolong tapi ditambah lagi ada.       
            Kalau bab makan usah cakap. Kalau bulan ramadhan juadah berbuka hanya karipap dan air. Kadang-kadang aku merintih dengan nasibku tapi aku cuba positifkan kalau aku menderita ada lagi yang menderita dariku. Habis sahaja STPM aku berhijrah mencari duit saku. Selepas itu aku di panggil pulang ke “ syurgaku” iaitu mak. Menyuruhku cari kerja dekat negeri sendiri.
            Di sinilah permulaan hidupku menjadi perampas yang dibenci oleh kaum hawa.

            

No comments:

Post a Comment