Allah Menegur...
Takala bekalan air terputus... Maka berpusu-pusulah manusia beratur di tangki. Selama ini terlalu angkuh dan sering membazir air dan tidak pula berasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. Saat hati ini dipengang oleh Pemilik Hati, sedikit cuma dugaan diberikannya kepadaku. Sering kali dikejutkan saat lena dibuai mimpi tidak kira siang hari mahupun malam hari. DIA menghantar sesiapa sahaja untuk mengejutkan aku dari lena yang panjang. Allah begitu menyayangi diriku ini. Saat terpandang muslimin yang begitu taat kepada perintah Allah dalam hatiku, "ah aku tidak layak untuk seorang begitu baiknya akhlaknya kerana aku tahu siapa diriku". Tapi aku bersyukur kerana Allah mengejutkan aku dari kesamaran. Dia menghadirkan sahabat yang begitu baik akhlaknya kepadaku agar aku dapat mengikuti akhlaknya.
No comments:
Post a Comment