cerita... menuju sirna
Di sini aku mula berubah dari perangai elok kepada perangai tidak elok. Bukan kerana pengaruh kawan tetapi kerana diriku sendiri. Dahulu aku anak yang mendengar kata orang tua, sekarang pun sama masih menghormati mereka mungkin kerana jarak perangaiku berubah.
Perangaiku menjadikan aku seorang yang aku sesali. Aku menconteng arang orang tuaku mahupun keluargaku. Dulu akulah anak yang mendengar kata, anak paling beralah dengan kakak-kakakku pendek kata anak yang baik.
Pernah terfikir aku solat tidak pernah tinggal tetapi kenapa aku terjebak dalam penghinaan manusia? Adakah Allah ingin mengujiku? Atau aku memberontak? Paling klise apabila aku menyuruh lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan kepadaku dan dia tidak ambil kisah. Malah aku sendirian tanggung kekhilafan aku sendirian tanpa ibu, kakak mahupun kawan.
Aku tiada siapa mahu berkawan denganku dari aku kecil hinggalah dewasa. Apa pilihanku untuk berkawan dengan budak baik-baik? Budak baik-baik hanya baik di depan, belakang umpama musuh. Aku belum pernah berjumpa dengan orang betul-betul ikhlas ingin berkawan denganku. Mungkin aku jahat dan tidak layak berdamping dengan mereka.
Kini barulahku sedar bahawa kawan mahupun sahabat yang sebenar-benarnya ialah ibuku. Walaupun aku menconteng arang kemukanya, dia tetap menerimaku dalam keadaan aku sebegini. Mungkin aku tersasar pelajaran entah kemana. Moga sirna untukku ada dan kebahagian yang ku cari menjelma dengan kehadiran anak yang tidak sah taraf. Maafkan umi memalukan kamu wahai anakku dari engkau kecil hinggalah engkau dewasa. Ibu maafkan orang kerana memalukan ibu dan tidak menjadi anak yang baik dan tidak dapat membanggakan ibu.
No comments:
Post a Comment