Monday, 1 December 2014

sampai mana?????

Di mana kita? hanya dicari disaat2 cengini ke? sukar untuk terus berhusunuzon.... sabarlah hati.. mungkin dia terlupa.. halalkan apa yang menguris hatimu... mungkin ini adalah masam manis dalam perhubungan... maniskan raut wajahmu... ini mungkin bahagian hidupmu.. Jangan pernah!!! biar orang buat kita.. jangan kita buat orang..

Sunday, 28 September 2014

Air mata gembira

ALHAMDULILLAH.....

Menetes air mata ini, saat adik keluar dari kesusahan...

Syukur-sesyukurnya Ya Allah... tanpa IzinMu nescaya benda ini tidak akan berlaku...

Semoga Kau dibawah lindungan-NYA sentiasa Adik... terus istiqamah...

Thursday, 18 September 2014

Menunggu....

Gerangan apa yang datang untuk menguyur nerakaku, membakar syurgaku?

Bersediakah orang tersebut, untuk menguyur nerakaku?

Mengajakku untuk menyemarakkan lagi membakar syurga?

Monday, 15 September 2014

Petua..

Saudara pernah mengalami KEBAS? 
Ini petua dari orang tua-tua...
 Kalau anda kebas di kaki kiri... 
Anda korek hidung lepas itu sapukan ditapak kaki kanan.. Dan sebaliknya....
Memang agak menjijikkan tapi untuk berubat dan mencuba tak salahkan?
Lagipun bukan yang orang lain yang kita sendiri jugakan?




Thursday, 8 May 2014

nikmat Allah

Pernah ke saudara-saudari berfikir nikmat paling besar Tuhan kurnaikan ialah akal?
Yup akal. Saya sendiri pun tak terfikir sampailah hari ini baru terbuka minda ini untuk berfikir. Selalunya nikmat paling sampai ialah kesihatan, muda, kaya and soon. Itu sayalah yang baru tahu.. orang lain saya tidak tahu... Ilmu yang ada ini terlalu sedikit, seperti pepatah menyatakan ilmu di dunia nih kita hanya dapat setitik dalam satu lautan, saya setitik pun tidak kesampaian kerdilnya diri ini.

Wednesday, 7 May 2014

Penawar hati!!!

Ya Allah! Puasnya perasaan ini apabila dapat menghamburkan kekecewaan dengan air mata. Keinsafaan serta kesedaran. Tersentap apabila dilakukan sebegini rupa.. Perasaan ini xdapat di gambarkan. Apabila mutiara jatuh membasahi tulang pipi suara pun ikut sekali buruk bebenor ler. Orang tua menanggis. setahun tak menanggis kini berulang lagi, dulu menanggis tidak berbunyi sekarang berbunyi pula malu dekat budak umur setahun. Mungkin perjalanan hidupku begini. Menanggis itu pengubat jiwa yang luka. Terima kasih Ya Allah kerana tidak pernah meninggalkan hambamu yang kerdil ini. TENGOK DIRI SENDIRI! Terima kasih.

cerita... menuju sirna

Di sini aku mula berubah dari perangai elok kepada perangai tidak elok. Bukan kerana pengaruh kawan tetapi kerana diriku sendiri. Dahulu aku anak yang mendengar kata orang tua, sekarang pun sama masih menghormati mereka mungkin kerana jarak perangaiku berubah. 
Perangaiku menjadikan aku seorang yang aku sesali. Aku menconteng arang orang tuaku mahupun keluargaku. Dulu akulah anak yang mendengar kata, anak paling beralah dengan kakak-kakakku pendek kata anak yang baik. 
Pernah terfikir aku solat tidak pernah tinggal tetapi kenapa aku terjebak dalam penghinaan manusia? Adakah Allah ingin mengujiku? Atau aku memberontak? Paling klise apabila aku menyuruh lelaki itu bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan kepadaku dan dia tidak ambil kisah. Malah aku sendirian tanggung kekhilafan aku sendirian tanpa ibu, kakak mahupun kawan.
Aku tiada siapa mahu berkawan denganku dari aku kecil hinggalah dewasa. Apa pilihanku untuk berkawan dengan budak baik-baik? Budak baik-baik hanya baik di depan, belakang umpama musuh. Aku belum pernah berjumpa dengan orang betul-betul ikhlas ingin berkawan denganku. Mungkin aku jahat dan tidak layak berdamping dengan mereka.
Kini barulahku sedar bahawa kawan mahupun sahabat yang sebenar-benarnya ialah ibuku. Walaupun aku menconteng arang kemukanya, dia tetap menerimaku dalam keadaan aku sebegini. Mungkin aku tersasar pelajaran entah kemana. Moga sirna untukku ada dan kebahagian yang ku cari menjelma dengan kehadiran anak yang tidak sah taraf. Maafkan umi memalukan kamu wahai anakku dari engkau kecil hinggalah engkau dewasa. Ibu maafkan orang kerana memalukan ibu dan tidak menjadi anak yang baik dan tidak dapat membanggakan ibu.

Tuesday, 29 April 2014

Menari itu haram...

Menari itu haram bagi orang wanita. So what can i do... huhuhu
tak payah menari? Wau! Havennya law tak payah menari...

Monday, 21 April 2014

Bergembira..

Gumbira bersama teman-teman....
Walaupun penat plus letih giler rasa nk tercabut tangan tapi puas!
Waktu nih, aku penat sangat, tak larat dah nak jalan,.. Jadi Kami berpecah yang mana larat pusing lah mall tu...
Keceriaan terbias apabila duit hangus bershoping... grrrrrr.... hahaha
tapi seronok walaupun rasa nak tidur je dijalanan..huhuhu


Sunday, 13 April 2014

kegembiraan di kampung Changgong

first... Happy dapat lihat wajah tersayang... Ma dan abah...
Kedua mesti tengok adik-adik tak berapa lovely... (ok aku tipu)...
OK my nenek sebenarnya ok, Fun la...
My kakak alhamdulillah ditemukan jodoh... moga-moga mereka berjodoh..
Last ohhh kambing dan angsa-angsaku yang manja-manja semuanya...
Ini itik bukan angsa tau.... jap ea...
Nahhhhh ini dia angsa-angsaku yang jinak....
Ini cikko... kembar dia mati.... :( tapi cikko nih sedang menunggu turn untuk menyusu dari mummy dia... ikut turn...  dari kakak dia iaitu puteh...
INILAH mummynyer.... huhuhu.....



Saturday, 29 March 2014

Setiap gambar ada kenangannya... Kenangan adalah dicipta....


Saen... Semoga persahabat ini ikhlas dan tidak terputus...


Saturday, 22 March 2014

Pasrah

Ya Allah penatnya rasa dan sakitnya perasaan ini. Terpaksa melukakan hati dan menghancurkan harapan dia. Sungguh aku tidak punyai perasaan oh lelah. 
Hatiku lelah saat dia mengucapkan perkataan itu. Kenapa dia tak faham apa yang aku nak! 
kenapa? Kenapa?
 

 

Saturday, 15 March 2014

Gurau2

hihihihi
Maaf!! Sesungguhnya aku bukan sahabat yang baik. Aku biarkan engkau hanyut dengan duniamu. Adakah kau memilih jalan itu kerana kata-kataku? Sungguh aku rasa bersalah denganmu wahai sahabat. Maafkan aku! Maafkan aku!

Aku berharap engkau selamat dan terus tabah dengan apa yang engkau lakukan.. Sungguh maafkan aku... semoga jalan yg engkau lalui tidak berliku walaupun berlumpur..

Kerinduan

Bagaimana anda meluahkan perasaan rindu pada yang jauh dimata?
Meratapkah? atau Menangis?
Pernah sampaikan rindu itu dengan cara berdoa atau menghadiahkan surah Yasin?
Cara membaca yasin memang ubat mujarab...
Aku pernah merasai rindu yang teramat disaat aku sendirian jauh di perantauan..
Ya Allah rindu serindu-rindunya.. sampai aku tidak boleh mendengar suaranya. Dia mula risau saat terdengar tangisanku.. Ah Abah dengan ma ku.. Terlalu rindu hati ini berlagu. Aku tidak pernah berpisah jauh dari kalian. Setiap kali rindu menyentuh sanubari pasti air mata menetes..
Sukar... Tapi saat tangan ini ingin memeluk aku malu... tapi jujur aku katakan aku rindu. Tiada apa yang bisa mengantikan kalian di hati ini...

Friday, 7 March 2014

tahfiz


Novel Ya Maulana...

Pernah membacanya?

novel ini telah membuka mata saya tentang, jodoh, ajal dan istiqamah dalam apa jua hal.

Setiap orang tidak sempurna walaupun ianya maulana sekalipun. Punya hati, perasaan dan emosi.

Serta jangan pernah menidakkan hak dan keras serta husunuzon la dalam setia hal.

Thursday, 6 March 2014

Semoga dipermudahkan Urusan

Bermaknakah bahagia tanpa derita?

Derita atau sengsara ia adalah rencah kehidupan cuma yang pasti tahap derita dan 

Kemampuan dalam menanganinya...

Sahabat semoga engkau mencapai bahagia yang lebih bermakna dan terus tabah

dalam apa jua pancaroba...




Tuesday, 4 March 2014

Alhamdulillah

Berteman beramai-ramai membawa kedamaian.



Semoga ukhwah tercipta ini terus ke jannah.