Rindu lagi
Lenaku dikejutkan dengan gemersik suara ma. Kak! terusku membuka bebola mataku, memandang sekeliling bilikku ohh rupanya ku terlalu rindu. Lama tidak menatap wajah kedua ibu bapaku tapi figura mereka terpahat kukuh dihati ini.
Rindunya nak mendengar leteran dan laungan ma yang sibuk mencocet dekat adik-adik dan "anak-anak tirinya" Bila terkenang perangai ma bibir ini mengukir senyuman dengan telatah ma. Abah pula kalau hari ahad sampai khamis mesti tidak lepas dengan cerita tamil di tv2 dan astro. Makan tengahari pun di hidang depan tv. Seronokkan abah makan ramai-ramai. Nak-nak lagi kita berebut ketam telur dalam pinggan ma kan.. Ma pun jentik tangan abah. Adik pula ngada-ngada nak itu nak ini. Rindu sangat moment macam ini. Kalau dekat rumah mesti orang akan sentiasa merasai perasaan inikan.
No comments:
Post a Comment