Sunday, 22 December 2013

Seronok

Berbbq di Ayer Keroh Melaka selepas program. Bersantai dengan junior-junior dan senior-senior.  Walaupun sering bersua tapi tidak pernah mahu memulakan bicara.  Bicara kita punyai sebab.

Kenangan di Ayer Keroh Melaka


Selepas aktiviti berkayak!!!!

Wednesday, 18 December 2013

Rindu lagi

Lenaku dikejutkan dengan gemersik suara ma. Kak! terusku membuka bebola mataku, memandang sekeliling bilikku ohh rupanya ku terlalu rindu. Lama tidak menatap wajah kedua ibu bapaku tapi figura mereka terpahat kukuh dihati ini.
Rindunya nak mendengar leteran dan laungan ma yang sibuk mencocet dekat adik-adik dan "anak-anak tirinya" Bila terkenang perangai ma bibir ini mengukir senyuman dengan telatah ma. Abah pula kalau hari ahad sampai khamis mesti tidak lepas dengan cerita tamil di tv2 dan astro. Makan tengahari pun di hidang depan tv. Seronokkan abah makan ramai-ramai. Nak-nak lagi kita berebut ketam telur dalam pinggan ma kan.. Ma pun jentik tangan abah. Adik pula ngada-ngada nak itu nak ini. Rindu sangat moment macam ini. Kalau dekat rumah mesti orang akan sentiasa merasai perasaan inikan.

Monday, 16 December 2013

Secakir nescafe di malam hari


Setiap kali menyicip nescafe di malam hari, mesti aku akan bertukar menjadi musang. Untuk beradu mata ini tidak memberi kerjasama kalau tidak minum terasa tidak lengkap tanpa meminum air manis.
Kalau dekat rumah minum kopi pekat pun tanpa disuruh mata ini akan kuyu dengan sendirinya. Mungkin perubahan tempat atau terlalu memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Masalah minum nescafe tidak boleh tidur!!!

Friday, 13 December 2013

Bertemu jodoh di usia yang muda



Taniah Najihah!! Ini kawanku sedih sangat tak dapat hadir majlisnya 8/12/13. Kawan dari sekolah rendah sampai menengah rendah lepas itu, awak pindah sekolah. Berseri-seri wajah raja sehari semoga bahagia hingga hujung nyawa.

Kawan dari sekolah rendah sampai tingkatan enam bawah. Seronok kawan dengan diatapi perasaan ini terasa ralat apabila tidak dapat hadir di majlisnya. Apa-apa pun Barakallah till jannah kawan. Ramai kawan sekolah yang sebaya dah kahwin... 



Tuesday, 10 December 2013

Usaha tanpa tawakal itu sombong.
Tawakal tanpa usaha itu angan-angan

Sunday, 8 December 2013

Family day di Pahang

Kami tiba di Pahang awal jam 10 pagi. Bersukan-neka permainan zaman kanak-kanak antaranya bola bayang.


Bola di pengang oleh kawan saya Sadiah, masa ni dia nak kenakan saya. Owh bersungguh melemparkan bola itu tapi saya dapat elak. Hebat tak saya? Aimi awal-awal lagi dah kena dengan bola. Dia cakap tujuan dia datang sebenarnya nak main air terjun je.


Tengok Aimi gembiranya dia dapat main air. Sampai tidak perasan gambarnya di ambil. Kasian dekat Sadiah kena buli. Huhuhuhu..


Masa ini, kami baru sampai ke Pahang. Tempat dia boleh tahanlah. Bersih dan udaranya nyaman segar di pagi hari.


Dah tiba untuk kami pulang ke UKM. Cantikkan tudung Sadiah bercorak-corak lagi impak main bola. Orang suruh sepak bola dia pulak lambung kasut. aiyoooo. Hahahaha... Aku pakai sweter bukan sejuk pun tapi sebab tudung aku tu jarang terasa kepala diratah-ratah oleh mata-mata ikan dekat air terjun tu. Aimi maintain lawa sweet sangat. Nanti ada masa kawan-kawan joinla sekali ok!

Wednesday, 4 December 2013

Lagi sekali....

Proses pembuatan cerpen??? Mata berpinar-pinar melihat abjad-abjad seumpama semut hitam berjalan mengangkat manisan dari meja belajarku. Idea kehausan, tertanya-tanya mana dan kemana  jauhnya idea melangkah pergi. Jalan cerita sering bertukar-tukaran. Mencari jalan cerita bukan "drama melayu" amat sukar. Jenuh termenung, membaca untuk mencari ilham tapi terfikir adakah kalau diri ini mengambil cebisan ideanya, diri ini menciplak? Kusut fikiran...

Membaca jambatan ilmu, ya betul tapi saya bukan dalam tergolong dalam golongan kreatif dan inovatif. Saya hanya insan biasa.

Monday, 2 December 2013

Dandelion


Dandelion....


Hadirnya mengundang ketawa, memberi seribu erti kegembiraan di sekelilingnya.


Sunday, 1 December 2013

.
Tengkujuh datang lagi.....
Menyapa petang yg dingin...
Membawa angin menderu...
Mengiring ombak membadai...
Badai semalam, ramai yg gundah ramai yang gelisah, kala kau kecil begitu tenang dan indah, sampai masa amukan mu buat semua resah, memang sudah hukum alam,

Berais krim di Tasik Kejut..


Seronok dapat meluangkan masa di hujung minggu bersama-saman teman-teman. Berais krim walaupun dapat satu seorang yang penting sama perisa nanti berebut-rebut pulak. Kamu semua bukan boleh percaya sangatkan.


Hahahahaha...



Gempak!! Umur 21 tahun dapat di dukung lagi. Terima kasih Aimi merealisasikan impian aku nak naik "kek kong" mengimbau kembali zaman kanak-kanak di dukung macam ini oleh abah dengan abang serta bapa saudaraku. Lain kali nak naik lagi tau Aimi! Huhuhuhu