Sunday 29 March 2015

Alpa...

Sibuk berdoa kesejahteraan orang lain.. Sampai terlupa berdoa untuk diri sendiri... Duk fikir benda yang lagho. Subahanallah tempat aku nak pergi buat pratikal lupa nak minta supaya dipermudahkan. MasyaAllah...

Wednesday 25 March 2015

Allah Menegur...

Takala bekalan air terputus... Maka berpusu-pusulah manusia beratur di tangki. Selama ini terlalu angkuh dan sering membazir air dan tidak pula berasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. Saat hati ini dipengang oleh Pemilik Hati, sedikit cuma dugaan diberikannya kepadaku. Sering kali dikejutkan saat lena dibuai mimpi tidak kira siang hari mahupun malam hari. DIA menghantar sesiapa sahaja untuk mengejutkan aku dari lena yang panjang. Allah begitu menyayangi diriku ini. Saat terpandang muslimin yang begitu taat kepada perintah Allah dalam hatiku, "ah aku tidak layak untuk seorang begitu baiknya akhlaknya kerana aku tahu siapa diriku". Tapi aku bersyukur kerana Allah mengejutkan aku dari kesamaran. Dia menghadirkan sahabat yang begitu baik akhlaknya kepadaku agar aku dapat mengikuti akhlaknya.

Sunday 22 March 2015

Akhir Zaman

Subhanallah! Sakit hati ini apabila budak-budak zaman masyarakat menyumpah Allah, mempermainkan hukum Allah. Tersangat sedih apabila segelintir masyarakat mempermainkan hukum hudud dan terang-terangan menolak dan mengajak untuk murtad. Allah! Sungguh dasyat manusia di akhir zaman. Ya Allah pengganglah hati ini untuk terus terpelihara di jalanMu jangan Kau pesongkan hati ini, kerana hati ini tidak kuat untuk melawan dugaan di akhir zaman. Allahhuakbar!!



Saturday 21 March 2015

Adik

Telefon orang rumah tadi, Hajat dihati nak bercakap dengan adik nombor lima.. Angkat saja telefon berbuih akak cakap. Last adik kedua bongsu yang angkat.. ayayaya... Nak letak telefon tuh, sempat lagi dia bagi salam.. Akak dah dapat bayangkan wajahmu dik macam mana. mesti manis berlemak muka kau dik. Sedap suara serak-serak payau gitu. Matured kan. Tapi kalau dgn family hancusss dik.. Apapun akak sayang adik-adik akak. Walaupun kejam jarang-jarang sekali.

Sunday 15 March 2015

Gigih belek blog...

Gigih aku membelek blog seorang penulis... Tercari-cari dalam bentuk kertas namun tidak dijumpai tentang dirimu wahai penulis.... Kalau ada pun aduh! Sikit sangat... Perahsia juga kamu ya penulis... Godek sana sini akhirnya jumpa juga blog kamu... tu pun tak cukup untuk aku selidik tentang kamu penulis.. Doakan aku supaya berjaya mencari dan jumpa apa yang dicari... Assalamualaikum...

Saturday 14 March 2015

Sikat Baruku...

Teringat pada kenangan lalu... semasa menyingkat rambut.. Terkenang pada sikat yang pernah aku beli, semasa habis SPM... Warna hijau lembut nak biru-biru sikit.. Sikat tu aku baru je buka dari plastik.. Dan letak atas meja solek... Petang tu... aku masuk bilik air... Dan guess what? Sikat yang aku baru beli dan tak guna lagi tetiba berada dalam bilik air??

Sikat aku nih ada kaki ke? Maka aku pun tanyalah kesayangan idaman kalbu... Abah aku.... kenapa sikat ni boleh berada dalam bilik air? Tahu tak apa yang kesayangan idaman kalbu jawab....       ABAH GUNA UNTUK GUNTING BULU BIRI-BIRI.... Aku what.... BIRI-BIRI? Aku tak guna lagi kot sikat tu? Biri-biri tu benda pertama guna sikat aku.... Oh my... Berminggu jugak aku rendam sikat tu dalam AIR SABUN sebelum aku guna balik... 

Sesudah sikat tu boleh guna... aku letak atas meja solek.. kakak aku yang orang first sikat rambut guna sikat tu.. aku dah tarik senyum... lepas tu aku suruh abah aku guna.. dan aku cakap sikat bekas biri-biri guna.. hahahah

Sikat tu aku bawa ke UKM.. apabila kawan aku datang bilik..borak-borak kosong dan dia pun nak pinjam sikat... aku bagi je diorang sikat rambut dan aku cakap lah sikat tu abah aku guna untuk gunting bulu biri-biri... Akudah terkekek-kekek gelak tengok muka diorang..hiiiii...

kenangan..sekarang sikat tu aku dah lupa, aku simpan mana... Sayang Sikat tu...

Friday 13 March 2015

Terubat Rindu!!!

Ahhhh... Sweet gitu maa kite... suruh kite makan jgn berkira... Klau xde duit hermmmm makan jerr.. minta duit... Saat kita nk beli something untuk dia..makan cukup tak? heeee... Sayang Maa.. Tapi rindu terubat sikit jerrr sebab my hero abah kesayangan xde kat rumah... Adik bongsu awalnya tidor... xsempat akak nk dengar adik punya celoteh nk itu,nk ini mintak dekat akak... Ah rindunyer.... Saat2 adik curi2 naik tidur sebelah akak..macam akak xthu adik baring sebelah dengan berhimpit.. tp malu nak ngaku..kan kan? YANG PENTING RINDU TERUBAT.... LOVE YOU ALL....