Friday, 29 November 2013

deko-deko

Cuba teka siapakah gerangan gadis ungu?



Inilah gerangan gadis ungu Shikin a.k.a Ekin. Hari pameran yang sempoi serta hapening u alls...hihihi



Kawan-kawan sempoi... dirimu begitu berharga..sampai terteleng-teleng kepala hah nk bergambar punya pasal.Pape pun best.


Wednesday, 27 November 2013


Wau!! Lihat dari cover novel ini langsung tidak menarik untuk aku membacanya, sedangkan banyak kali aku terserempak dengan novel ini, langsung tidakku hiraukan menjamahnya jauh sekali. Di saatku menggodek blog Evelyn Rose untuk membaca nukilan pertamanya aku terlihat entry terbarunya tentang 13 jam A380, dalam mindaku  'gapo lah nih'. Saatku membaca entry demi entry hati terpaut dengan persoalan dan isu-isu islam yang aku tak ambil tahu. Serius aku katakan aku tidak tahu Revolusi Arab yang  mengatakan perempuan tidak boleh memandu dan paling menyedihkan pemerintahan yang dillaksanakan kuku besi. Tersentuh dengan kes bunuh diri, yang mencetuskan Revolusi Arab 17 dec 2010.

Selain itu, tentang agama. Agama seharusnya menyatukan bukan sebaliknya dalam al-quran terang lagi nyata menyetuh isu ini. Surah al-Midah ayat lapan, surah al-Midah ayat lima serta surah Al-baqarah ayat 213.

Hihihihih... banyak pula promote novel ni. Apa-apa pun novel ini banyak pengajarannya dari novel-novel yang saya baca umpama tin kosong.  Selamat membaca kawan-kawan.

Friday, 22 November 2013

Kenapa saya sayang kawan saya...




Guru kelas kami paling puitis.


Cikgu Samad. Guru kelas saya, dalam kelas selalu saja ada selingan untuk menarik minat pelajar-pelajarnya jangan tidur waktu dia mengajar. Cikgu saya ini dia mengajar sejarah tamadun dunia. Memang wajiblah kalau pelajar dia terlentok diatas meja. Sejarah kot! Tapi cikgu ini sporting antara selingannya ialah hati dan perasaan. Biasalah budak remaja, mana nak dengar cerita hikayat, cerita kura-kura dengan arnab kan. Lihatlah dunia, hero kelas saya empat orang sahaja. Patutlah adik-adik junior terkejar-kejar hero kelas saya, rupanya tiada pilihan. Rindu sangat waktu ini. Ketawa bersama, menangis bersama.. eh-eh macam lagu teman penganti pula. 

menyingkap zaman persekolahan

Zaman akhir persekolahan waktu tingkatan enam atas. Perasaan sayang untuk meninggalkan zaman persekolahan membuak-buak di dalam dada. Sayu untuk meninggalkan sahabat handai, guru-guru yang menyayangi pelajar-pelajarnya.



Inilah pelajar-pelajar bersama cikgu-cikgu tercinta.
Kenangan makan malam di sekolah saya. Mungkin ada yang mengenali SMK. Bachok dan mungkin ada yang tidak kenal. Cuba kawan-kawan teka yang manakah cikgu saya. Seronok apabila terkenang zaman persekolahan. 

Jalan-jalan cari barang

Petang tadi pergi giant, ingat barang murah macam dekat kampung. Rupanya indah khabar dari rupa.
Yang seronoknya tengok la kami padat macam sardin dalam tin.


Sehari kami meluangkan masa bersama. Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh penyarah kami iaitu gubahan.


Guru paling kreatif ialah yang pakai tudung kuning itu. Terima kasih cikgu 'gubahan' kami sayang awak.
Habis berselerak bilik awak cik Fyrah. Apa-apa pun seronok sangat hari ini.

Wednesday, 20 November 2013

pengalaman menghasilkan gelang manik

Manik-manik bertaburan pelbagai warna. Menjadikan mata ini khayal dengan jenis-jenis manik.
Pelbagai bentuk kreatif penghasilan gelang manik, tapi diri ini tidak sekreatif itu.
ohhhhh.... belajar dari orang yang berpengalaman.... taaaadaaaaaa ini lah hasilnya...

Biarlah hasil tidak seberapa tapi okeylah dari tak ada...

Saturday, 2 November 2013

Maan

Mainan perasaan. Kalau cantik itu subjektif bagaimana dengan perasaan? Huh, hanya boleh dirasai oleh jiwa dan terpancar di sebalik sepasang mutiara jernih serta disembunyikan oleh tipu helah wajah..